Search

・・・
Hari ini saya mengunjungi Menteri Belia &...

  • Share this:

・・・
Hari ini saya mengunjungi Menteri Belia & Sukan baru, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu @faizalazumu yang baru memulakan tugas secara rasmi di kementerian beberapa hari yang lalu. DS Faizal memang tidak asing buat saya dan keluarga kerana arwah bapa DS Faizal berkawan baik dengan bapa mertua saya di Ipoh. Saya berkongsikan kisah kejayaan dan juga pingat Perak yang dimenangi di Tokyo baru-baru ini.
.
Banyak perkara yang dibincangkan bersama antaranya perihal keluarga dan juga persiapan masa hadapan jika saya telah mengambil keputusan untuk menggantung basikal suatu masa nanti. Banyak idea-idea bernas yang dilontarkan oleh DS Faizal dan beliau sendiri bersedia untuk memberikan sokongan penuh kepada perancangan saya termasuk misi mengejar emas di Paris 2024 nanti. DS Faizal juga berkata, “Ate kome dah macam David Beckam dalam dunia basikal ni yeop, kome kene pikior jugak masa depan nanti, ngayuh basikal bukan selamenye yeop. Time kite ngayuh orang kenei la kiter, ate biler kite dah tak ngayuh mane mau nyer orang kenei lagi.
.
Terima kasih di atas masa yang diluangkan dan saya ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas dan diharap DS Faizal dapat membawa arus baru dalam arena sukan negara kita. Insyaallah.
.
#keluargamalaysia
#WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia
#teamazizul #azizulawang
#teamcimb #cimb #forward
#airasia #daretodream #allstars
#daikin #daikinmy #daikinmalaysia
#nike #nikemy
#oakley #oakleymy
#ogk #ogkkabuto
#wattbike


Tags:

About author
not provided